Thursday, May 27, 2010

Najis besar punya cite!!!...


Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah
kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila
ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut
sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis
macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang
tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu
soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan
lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2
najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun
angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh
najis besar,
 mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula
tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye
susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh
jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia
dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati
dia tak dengar.
Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi
kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum
air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun
sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku
pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya
tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila
pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? 
taik gajah? besar betul..!!!!

Kuda Telefon...

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar. ....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG! !....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg
terpinga2... ..bertanya. ....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap.... "nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary' ....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam..... namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya.... aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap.... "kuda awak telefon!!".. ...

BLEACH...

bleach Pictures, Images and PhotosBleach Pictures, Images and Photos Bleach - TDR Pictures, Images and Photos