Tuesday, March 23, 2010

About Nuffnang....

Nuffnang.com is Asia-Pacific’s first and leading blog advertising community.
Our online platform allows advertisers to serve graphic or video based advertisements onto more than 100,000 blogs hosted on various platforms.
Nuffnang.com currently has offices in 4 countries, Singapore, Malaysia, Philippines and Australia.
It is from these offices that our teams actively seek our brands to match with our bloggers. Our advertiser rollcall includes bluechips such as Citibank, Nokia, Sony, Proctor & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, and more!
Beyond blog advertising, we also pride ourselves in being a community for bloggers by bloggers, organising and supporting a wide range of blogger attended events like movie screenings, seminars/workshops, parties, and more.
Nuffnang has been widely featured on mainstream newspapers like The Star, Malaysia and The Sunday Times, Singapore, amongst other media. Check it out here .

Senarai Parasit Komputer...

Bukan sahaja manusia dan binatang sahaja boleh berjangkit dengan Virus, Komputer juga boleh berjangkit. Malah fungsi Virus di Komputer seakan sama fungsinya dengan Virus yang menjangkiti manusia ataupun binatang. Tujuannya adalah untuk merosakkan sistem, data, perisian dan sebagainya. Setiap kali sesuatu sistem komputer baru dicipta sudah menjadi kemestian Virus juga akan muncul. Oleh sebab itu jugalah bermacam-macam cara untuk mengatasinya contohnya dengan perisian Antivirus, Antimalware dan lain-lain.

Dibawah saya ada senaraikan parasit-parasit atau bak kata orang Malaysia Virus(walaupun ia bukan Virus). Ini adalah sebahagian yang dapat saya senaraikan. Antaranya adalah Trojan, Malware, Adware, Spyware....Kebanyakkan parasit dibawah akan merosakkan dan memadam data-data di komputer anda.

Virus
Virus komputer adalah suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi di dalam sesebuah perisian.Ia berkemampuan mereplika dirinya dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer, dokumen, boot sector dan sebagainya. Virus akan aktif serta melakukan salinan diri sendiri apabila kita menjalankan program yang dijangkiti virus dan akhirnya pelbagai kerosakan berlaku seperti memadam data, mengubah data, merosakkan software dan juga boleh merosakkan perkakasan komputer. Contoh virus Brontok, Michealangelo, dan Tequila.

Trojan Horse (Trojan)
Trojan adalah program berbahaya kerana ia memberi kemampuan kepada penggodam untuk mengawal dan melakukan apa jua perubahan terhadap komputer tanpa disedari pengguna komputer. Ia juga mampu mencipta, memadam serta memindah fail tanpa dijejak. Contoh trojan adalah NetBus, ProRat, Sub7 dan lain-lain.

Worm
Worm atau cecacing adalah program yang berkemampuan mengeksploitasi kelemahan suatu sistem operasi (OS) serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contohmya Worm 'sasser' melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat. Contoh lain adalah Worm 'CodeRed' mengeksploitasi kelemahan Windows 2000 iaitu pada file idq.dll, kelemahan pada buffer overflow Windows 2K.

Malware
Merupakan sebuah program komputer yang di ciptakan dengan maksud dan tujuan tertentu dari penciptanya yang mencari kelemahan dari perisian. Umumnya malware diciptakan untuk menceroboh atau merosakkan suatu perisian atau sistem operasi (OS).

Adware
Adware adalah program yang mengpop-up iklan dan/atau iklan yang tersembunyi dimasukkan ke dalam sesebuah program. Kebiasaanya program tersebut adalah program freeware, shareware dan sebagainya. Jadi, pengguna terpaksa menerima iklan tersebut. Contoh adware adalah 123 Messenger, 180SearhAssistant dan lain-lain.

Spyware
Spyware adalah program pengintip yang berupaya mendapat dan mengumpulkan maklumat pengguna komputer tanpa disedari. Pencerobohan ini menguntung pihak pengintip kerana maklumat boleh dijual tujuan promosi produk keluaran syarikat mereka terutama dan kebisaannya. Program ini boleh didatangi bersama secara sembunyi melalui program seperti freeware, shareware atau demo yang boleh dimuat turun dari internet. Contoh spyware adalah Zlob, DyFuCa, WinTools dan lain-lain.

Hijacker
Hijacker adalah program yang boleh mengubah setting pelayar web, menukar carian ke laman tertentu seperti laman pornografi. Dan yang paling teruk ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali, malah, mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa. Contoh hijacker adalah spymaxx, dir4you, hipointltd dan lain-lain.

Dialer
Dialer adalah program yang memasukkan fungsi sambungan ke internet, memutuskan sambungan komputer dari ISP local dan menukar atau menghubungkan kembali ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger (Keystroke Logger)
Keylogger adalah program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda, termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies
Cookies dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada yang menyalahgunakannya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam
Spam melibatkan kegiatan emel yang tidak diundang dihantar dengan banyaknya tanpa keizinan pemunya emel dan ia mungkin kegiatan suka-suka, mengacau atau promosi iklan yang salah. Ia mengundang masalah dari segi ruang emel dan masa.

Wabbit
Istilah wabbit mungkin asing, tapi memang ada malware jenis ini. Seperti worm, wabbit tidak memerlukan suatu program dan/atau dokumen untuk bersarang dan membiak. Modus operandi wabbit adalah ia akan menggandakan dirinya seberapa banyak yang boleh secara terus menerus dan merosakkan sistem/software. Kesannya proses sistem akan menjadi semakin lembab kerana wabbit telah banyak memakan memori sistem dengan penggandaannya.

Backdoor
Ini adalah parasit yang main jalan belakang untuk mengemudi sistem dengan tanpa rela oleh sistem yakni, menceroboh. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan; 1 mirip kepada Trojan dimana secara manual ia dimasukkan ke dalam fail program. Kumpulan ke 2 adalah mirip worm dimana ia dijalankan sebahagian daripada proses boot. FYI, Ratware adalah sebutan untuk backdoor yang mengubah komputer menjadi zombie yang mengirim spam.

Exploit
Exploit adalah program yang menyerang security vulnerability yang spesifik namun tidak selalu bertujuan untuk melancarkan tindakan yang tidak diinginkan. Ianya digunakan untuk membuat ujian menunjukkan bahawa sistem tersebut mempunyai 'lubang'. Salahguna Exploit membolehkan sistem itu mudah dicerobohi.

Rootkit
Rootkit dimasukkan ke dalam komputer oleh penyerang setelah komputer berjaya diambil alih. Rootkit berupaya menghapus jejak serangan, seperti menghapus log file dan menyembunyikan proses malware itu sendiri. Ia juga mungkin menanam backdoor untuk serangan masa hadapan. Rootkit sukar dijejak kerana ianya tertanam jauh ke dalam sistem biasanya di bahagian kernel dan OS. Cara yang boleh digunakan untuk menjejak Rootkit ini adalah dengan boot semula sistem dengan menggunakan boot selain hard disk tadi, samada boot melalui CD/ROM atau USB.

Bot
Bot adalah sejenis malware yang membolehkan seseorang mengambil alih komputer yang dijangkiti bot secara menyeluruh dan ini biasanya dikenali dengan istilah 'zombie'. Penyerang biasanya akan menggunakan zombie untuk buat serangan DoS ke atas mana-mana laman web, membuat hosting untuk laman web phishing, ataupun menyebarkan spam ke emel-emel.

Terdapat pelbagai ancaman virus dan parasit komputer dan pengguna perlu mengambil langkah berjaga dan pencegahan bagi menghalang sebarang salah laku, salah guna dan pencerobohan. Gunakan program antivirus, antispyware, mengaktifkan firewall, tidak melusuri laman web yang mencurigakan, Anda dinasihati tidak klik sebarang pautan yang mencurigakan dan lain-lain sebagai langkah pencegahan.

Monday, March 22, 2010

Registry Windows...

 Ketahui cara dan pengubahan pada registry Windows anda.. (Harap maaf kepada siapa yg bertanyakn topic ini pada masa2 yg lepas, kami tidak dapat menyediakannya didalam bentuk note disebabkan tip 'n' tutorial yg terlalu pnjang). Anda boleh melihatnya disini..

Thursday, March 18, 2010

SEBARKAN>> ISLAM SEBAGAI NIZHAMUL HAYAH

SEPERTI MANA Islam tidak pernah menetapkan masakan apa yang kita mesti makan, jenis pakaian apa yang mesti kita pakai begitulah juga Islam tidak pernah menetapkan corak atau sistem pemerintahan yang macam mana mesti kita guna pakai.Dalam perkara-perkara tertentu seperti yang disebutkan di atas Islam memberi kebebasan kepada manusia membuat pilihan. Tentunya ada hikmah di sebalik diberi kebebasan dalam membuat pilihan itu.Manusia tinggal di merata tempat di dunia ini yang mempunyai iklim yang berbeza dari setempat ke setempat, berbeza jenis tanam-tanamannya, berbeza binatang ternaknya dan juga berbeza budaya mereka.Oleh itu tidak hairanlah kalau kita manusia terpaksa berbeza dalam makanan yang kita makan dan pakaian yang kita pakai.Ada manusia terpaksa memakai pakaian yang agak tebal bagi menahan cuaca persekitaran mereka yang sejuk, ada manusia yang hidup dengan memakan nasi tetapi ada juga yang memakan roti atau gandum, dan tak kurang juga ada yang makan pisang.Namaun begitu, walau apa jenis pakaian yang kita pakai, apa jenis makanan yang kita makan mestilah memenuhi peraturan dan adab Islam bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat.Bila kita berpakaian di khalayak ramai, pakaian itu haruslah pakaian yang menutup aurat dan tidak menjolok mata yang boleh mengganggu keharmonian hidup bermasyarakat dan boleh meruntuhkan akhlak manusia.Makanan yang kita makan pula mestilah halal dan baik supaya ia dapat memberi kebaikan kepada kesihatan, pemikiran dan tingkahlaku manusia itu sendiri.

Demokrasi

Dari segi cara kepimpinan dan sistem politik pula, Islam juga tidak pernah membuat ketetapan dalam hal ini. Nabi Muhammad pun tidak pernah menetapkan suatu sistem politik yang perlu diikuti.Kesesuaian suatu sistem politik itu berbeza-beza mengikut keadaan zaman, tamaddun dan tahap pemikiran sesuatu masyarakat manusia itu berada.
Kalau kita lihat dalam Quran, cara pemerintahan monarki atau raja pernah diamalkan oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Bagaimanapun di zaman Nabi Muhammad, baginda tidak mengambil sistem raja, maharaja mahupun dinasti sebagai sistem kepimpinannya.
Menjawab tentang perkara yg dinyatakan di atas mengenai Demokrasi dan Islam,adakah benar Islam yg syumul itu boleh dicampur adukkan dgn system yg berlandaskan ideology ciptaan akal manusia?? tidakkah ini secara tidak langsung boleh merendahkan martabat Agama Allah??
Kekeliruan yg berlaku dlm dunia Islam terhadap demokrasi kini semakin parah.Golongan yg kononnya memperjuangkan Islam melalui Demokrasi yg sememangnya satu system acuan akal manusia ini seolah olah memperlekehkan Deen yg syumul ini yg sepatutnya tidak boleh di sama ratakan dgn ideologi2 buatan manusia yg serba serbi memiliki kelemahan dan kekurangan yg boleh dan telahpun membawa manusia kearah keburukan.Rasulullah saw diutuskan kpd manusia utk menjadi contoh teladan yg wajib diikuti dlm segala aspek kehidupan.Hal ini di jelaskan didlm sumber rujukan utama umat Islam yakni AlQuran:

“Hai orang-orang yg beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah(keseluruhannya),dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yg nyata bagimu.”(Qs.Al-Baqarah:208)

“Pada hari ini,Aku telah sempurnakan bagi kamu Agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama utk kamu.” (Qs.Al Maidah:3)

Tidak patut dan salah sekiranya ada yg berkata Islam tidak pernah menetapkan corak atau system pemerintahan kerana ayat AlQuran di atas sudah jelas mngatakan bahawa Islam itu lengkap sehingga tidak ada satu pun kekurangan atau masalah dlm Islam dan tidak ada satu pun perkara yg dapat diselesaikan tanpa Islam.Oleh kerana itu samalah soalnya dgn kehidupan ini.Dari bangkitnya kita dari tidur,berhadas,sehingga ke pemerintahan dunia,Islam telah aturkan kehidupan kita,Jadi samalah dgn system ini.Tidak ada keraguan lagi.Islam itu meliputi segala-galanya.

Islam sebagai nizhamul hayah diturunkan oleh Allah swt bagi seluruh makhluk-Nya. Rasulullah saw telah mengembangkan Islam hingga tertegaknya Daulah Islam pertama dengan berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Selama Islam diterapkan di dalam sistem pemerintahan.Islam mampu menunjukkan kejayaannya dan membawa kesejahteraan ke seluruh umat manusia selama 1300 tahun tanpa ada sedikit pun penerapan iedeologi2 atau system2 yg dicipta oleh akal manusia spt demokrasi. Islam sukses tanpa ada hegemoni dan infiltrasi idea-idea demokrasi.Sistem Negara yg berparti tunggal yang dilekatkan pada Islam justru tertolak mentah-mentah. Hal ini terbukti dengan keberadaan rakyat bukan sebagai pembuat undang-undang tetapi difungsikan sebagai pengoreksi kebijakan pemerintah dalam Daulah Islam.

Bila Islam secara murni dan kaffah diterapkan tentu tidak seharusnya ada demokrasi Islam. Keberadaan demokrasi yang bertentangan dengan Islam justru menambah bias dalam syariah. Keberadaan Irshad Manji, muslimah Uganda besar di Richmond yang lesbian namun konon sering ’berceramah’ memperjuangkan Islam menjadi contoh populer demokrasi Islam. Demikian pula insiden Monas dan penolakan Ahmadiyah dianggap sebagai kegagalan demokrasi dalam Islam.

Demokrasi adalah utopia bagi kehidupan manusia dan menjadi topeng negara corporatocracy yang populer dengan slogan dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat padahal merompak kesejahteraan rakyatnya. Agenda harmonisasi Islam dan Demokrasi tak lain hanyalah agenda neoliberalisasi dari hegemoni kapitalis-sekuler demi menggagalkan penerapan syariah secara kaffah dalam kehidupan.

Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya” (Qs. Al-Anfal : 30).

Amat Hina Mereka Yang Menyamakan Islam Dengan Demokrasi


Betapa rosak dan hinanya cara berfikir para pemimpin umat Islam hari ini yang menyatakan Islam seiring dengan demokrasi. Inilah hasil dari pemikiran sekular yang tertancap kukuh di benak pemikiran para pemimpin ini. Sungguh malang bagi umat Islam hari ini apabila para pemimpin mereka tidak dapat membezakan antara hak dengan yang batil, tidak dapat memisahkan cahaya dan kegelapan dan yang paling hina, tidak dapat memilih dengan betul antara Islam dan kekufuran. Nampaknya musuh-musuh Islam telah berjaya menjadikan para pemimpin sekular ini jurubicara mereka ditengah-tengah kehidupan umat Islam hari ini. Mereka ini tidak lain merupakan produk Barat yang berjaya dicetak pemikirannya agar selari dan seiring dengan kehendak Barat.

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Apakah kamu sedar apa yang telah kamu perkatakan? Kamu begitu berani menyamakan Islam dengan sistem kufur demokrasi. Apakah kamu sedar bahawa tidak ada Deen yang lebih tinggi dari selain Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya”. Hanya Islamlah satu-satunya ad-Deen/cara hidup yang diterima oleh Allah SWT.



"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam". [TMQ A-li ‘Imraan (3) :19].

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". [TMQ A-li ‘Imraan (3) : 85].

Dalil-dalil al-Quran dan hadith di atas begitu jelas! Lantas kenapakah kamu begitu berani menyamakan Islam dengan demokrasi?

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Islam adalah Deen yang datangnya dari Allah SWT sementara demokrasi adalah sistem pemerintahan yang diciptakan oleh manusia! Mana mungkin Islam seiring dengan demokrasi!

Wahai para pemimpin sekular! Tidakkan kamu sedar bahawa Rasulullah SAW diutus dengan ad-Deen yang haq berserta al-Quran mulia untuk diizharkan mengatasi agama / sistem kehidupan yang lain?

“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ At-Taubah (9) : 33].

Janganlah kamu menambahkan lagi kehinaan ke atas kamu dengan terus mengekalkan dan mempertahankan sistem kufur Barat, malah menyamakannya dengan Islam!!...

Wednesday, March 17, 2010

Renung-renungkan Dan Selamat Beramal...

Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. ...Dan hanya kepada Allah kamu kembali. Ali Imran : 28
Hadis riwayat Bukhari, Nabi SAW bersabda maksudnya : Hati-hatilah kalian terhadap prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah percakapan yang paling bohong.

BLEACH...

bleach Pictures, Images and PhotosBleach Pictures, Images and Photos Bleach - TDR Pictures, Images and Photos