Sunday, April 11, 2010

Ciri-Ciri Kawan Tak Boleh Pakai....

Kawan yang suka makan kawan..
Boleh jadi kawan makan kawan ni ialah kawan lama korang yang makan sepinggan, tidur sebantal yang korang dah berikan kepercayaan sepenuhnya. Mungkin kerana seorang perempuan yang korang berdua sangat suka tapi perempuan tersebut memilih kawan korang.Tu korang tak puas hati dan korang burukkannya di belakang kawan korang tu.

Kawan Yang Macam Kawan Tapi Tak Boleh Dibuat Kawan..
Boleh jadi kawan macam ni dia berbaik-baik dengan korang sebab pada satu masa nanti korang boleh digunakan korang. Dia boleh menjadi kawan rapat, bila susah dia cari korang tapi bila senang dia akan hilang buat sementara..

Kawan Yang Tak reti Bahasa..
Kawan yang tak reti bahasa ni sebenarnya dia faham apa yang korang cakap tapi dia buat benggap atau bodoh seperti tak faham. Contohnya, harta kita dia buat macam harta dia sendiri atau dah la tumpang almari baju lepas tu ngan baju-baju kita dia sarung sekali..

Kawan Yang Kedekut..
Kawan yang kedekut taik hidung masin. Apa sahaja pun berkira walaupun duduk serumah. Lima sen pun nak berkira payah la..Jangan harap la korang nak merasa dia belanja makan..

Kawan Yang Klepet Kawan..
Kawan yang suka meminjam barang-barang korang dan kata nak pulangkan tapi bila dah pinjam dia tak reti langsung nak pulangkan. Bila korang mintak pun dia buat muka tak berslah aje..

Kawan Yang Suka Tipu Kawan..
Dia bercerita seperti dia tidak bersalah langsung tapi rupanya cerita tu cuma nak meraih simpati korang agar ada orang pecayakannya, padahal yang bersalah adalah dia..

Kawan Mengata Kawan..
Kawan korang percaya sanggat dengan dia tapi depan korang dia sokong je apa yang korang buat (yang baik la) tapi rupanya bila korang takde dia mengata dan mengutuk korang yang macam-macam, serupa talam dua muka.. 

No comments:

Post a Comment

BLEACH...

bleach Pictures, Images and PhotosBleach Pictures, Images and Photos Bleach - TDR Pictures, Images and Photos